Tahniah

Setelah lama menanti akhirnya semalam, 15 September, pasangan popular Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani telah dikurniakan seorang cahaya mata sulung mereka.
Bayi perempuan tersebut telah selamat dilahirkan pada jam 11.44 malam. Menariknya, bayi perempuan ini berkongsi tarikh lahir dengan bapanya yang lahir pada 15 Jun 1973.

Untuk rekod, pasangan ini telah berkahwin pada 23 Februari 2012 dan Yusry telah mengumumkan mengenai kehamilan isterinya di sidang media pelancaran filem 'Cicakman 3', pada Januari lalu. 
Kami di sini mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti ini, dan semoga bayi sera ibu dalam keadaan sihat walafiat.

0 Response to "Tahniah"

Post a Comment