Punca

Shah Alam – Laluan utama, Lebuh raya Guthrie menuju Shah Alam mengalami kesesakan teruk apabila berlaku kejadian tumpahan bahan kimia di kilometer 1.1 berhampiran Seksyen U8, pagi ini.

Jurucakap bomba berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila asid yang dibawa sebuah kenderaan dari Rawang tumpah ke permukaan jalan raya.

“Pasukan Hazmat (Pasukan Unit Bahan Berbahaya) telah berjaya mengawal bahan kimia dari terus merebak dan setakat ini dilaporkan tiada sebarang kecederaan,” katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 7.25 pagi itu juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sehingga 10 kilometer.

Keadaan ini memaksa pengguna jalan raya membuat pusingan semula melalui laluan bertentangan, lapor Sinar Harian.

0 Response to "Punca"

Post a Comment