Mati

Chiang Mai [Thailand]: ##Empat budak dan seorang budak perempuan berusia diantara lima bulan hingga lapan tahun mati ditetak dengan kejam oleh seorang lelaki yang mengalami masalah mental daerah Chai Prakarn Chiang Mai manakala ibu kepada tiga daripada kanak-kanak itu, cedera parah.

#Menurut The Nation lagi, lelaki itu, Asapa Siwua, 22thn, dibebaskan dari hospital di Chiang Mai sebulan yang lalu, masuk ke dalam rumah dengan membawa pisau tajam yang besar lalu menetak kepala dan leher kanak-kanak terbabit. #Mereka dikenal pasti sebagai Wasant Sae Ying, Aaref Sae Ying, Singju Sae Ying, Hao Sang Sae Ying dan Theerawut Denwipailertlam.

#Yikor Sae Jern, ibu kepada dua budak anak budak perempuan yang dibunuh, luka parah dari muka hingga ke telinga. #Dua lagi budak yang menjadi mangsa ialah anak saudara Yikor dan anak jirannya.

##AP melaporkan, jurucakap polis Leftenan Kolonel Sombat Kalasuk berkata, lelaki itu menjadi berang dengan bunyi bising dari rumah jirannya iaitu rumah mangsa lalu mengambil pisau sepanjang 47 sentimeter di dapur dan pergi ke rumah berkenaan dan membunuh kanak-kanak terbabit.

##Tiga kanak-kanak yang menjadi mangsa ditemui dalam rumah manakala seorang lagi ditemui berhampiran pagar di luar rumah. #Budak kelima mati di hospital.

##Selepas melakukan pembunuhan itu, lelaki berkenaan masuk ke dalam rumahnya dan penduduk kemudian #mengepung rumah berkenaan.

##Apabila polis tiba dan membawa keluar lelaki itu, #penduduk menyerangnya hingga dia cedera.

0 Response to "Mati"

Post a Comment