Gambar

Susulan artikel kami tempoh hari mengenai tindakan kekasih Nora Danish, Nedim yang menyelar sikap sebilangan wanita terdesak menggunakan gelaran Datin Seri, ramai peminat mula berteka teki siapakah yang dimaksudkan.

Mungkin dek kerana tercabar dan berang dengan dakwaan tersebut, seorang wanita berpangkat Datin Seri yang juga merupakan isteri kepada ayah Nedim memuat naik sekeping foto dengan kapsyen yang agak panas.

Wanita yang dikenali sebagai Datin Seri Haflins itu mendakwa ibu Nedim telah pun bercerai dengan Dato’ Seri Nazri Aziz sejak 26 tahun yang lalu namun tidak didedahkan kepada umum.

Perkara tersebut bagaimanapun terpaksa didedahkan baru-baru ini atas permintaan suaminya bagi menjelaskan segala kekeliruan yang dicetuskan Nedim.

0 Response to "Gambar"

Post a Comment